Langkah gelayaran terhuyung-hayang dalam berjalan...
Mata gelayangan berkeliaran dalam pandangan...
Lidah gelagapan gagap dalam perbualan...
Teguhkah pendirian tegas tidak gelandangan...?
Mungkin tak seindah dipandang mata...Kali terakhir lagu di atas ini didendangkan dalam latihan hari ini, hati ini dibanjiri airmata...Mungkin tak kelihatan basah di pipi, namun di dalam hati parut calar yang lama terluka lagi...
Setiap rentak irama paluan yang kupalu bak denyut nadiku...Tatkala tersekat iramanya, petanda terhenti sejenak degupan jantungku. Sebak...Pilu... Kuukirkan senyuman menghias kedukaan agar tidak kelihatan kilauan titisan airmata yang berkumpul di kelopak mataku ini...
Sekian lama mendendangkannya, tiada seorang pun yang memahami akan senikatanya...Sayang...Sekiranya mereka mengetahui akan makna sebenar di sebalik senikatanya itu.
Jelas terbukti corat-coretku ini...Langkah masih lagi tidak selari...Tapak semakin berselerak...Degup jantung kini tidak lagi serentak...
Mereka yang berkeliaran berlari, aku di sini terpasung mulut dan kaki, tersandung sekali lagi...tidak mampu bergerak pergi...Lantas di sini, di mana ku rebah ke muka bumi, aku hanya mampu berdiam diri menunggu waktu mengambilku pergi.
Mungkin lebih baik begini, usah kuambil peduli, biar sahaja aku bak boneka yang bertangan dan berkaki, mampu bergerak dan berlari tetapi tidak mempunyai nadi dan hati...