<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4670073309217568790?origin\x3dhttp://perdahayu-jyss.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
National Day Dinner 2006
Perdahayu mengembangkan sayapnya -
Persembahan pertama di luar sekolah


12 August 2006...Our 1st 'out-of-school' performance. Thanks 2 our VP, Mrs Tay, we were invited to perform for a National Day Dinner event organised by Nanyang CC. Once again, the kids did great. Seminggu selepas persembahan Jyian Nyte, perdahayu memulakan latihan untuk persembahan ini. Walaupun persembahannya tiada beza dengan persembahan Jyian Nyte, namun mereka giat berlatih agar dapat membuat yang terbaik untuk persembahan itu. Maklumlah kali ini persembahan mereka bukan sahaja akan ditontoni oleh rakan-rakan dan guru-guru sekolah, namun persembahan itu juga akan disaksikan oleh masyarakat umum yang tinggal di kawasan yang berdekatan.



Perdahayu memeriahkan lagi
Majlis Makan Malam Hari Kebangsaan 2006


Bersatu di dalam seni -
Gerak tangan dan nada suara diselaraskan


Excitement filled the air as early preparations were going on. Everyone was in his or her best form, no one wanted to be the wet blanket. Kesemuanya ingin lakukan yang terbaik. Awok-awok memastikan kordinasi gerak-geri tangan dan nada suara mereka selaras. Paluan tidak putus-putus memainkan irama lagu dikir berkali-kali. Rebana dipalu, awok-awok bertepuk, karut mendendangkan lagu.


Paluan dipalu mendendangkan lagu...

Rebana, anak, canang, gong dan marakas bersatu dalam lagu...

Namun Che'Gu menjadi bimbang apabila Juara kami, Ain, tidak muncul-muncul. The event has started and our Juara was no where around. A phone call was made and Ain informed us that she was unable to make it for the performance as she was unable to leave her work. Everyone panicked for a moment. Cikgu Mas menyarankan agar Che'Gu ambil alih sebagai Juara oleh kerana tiada orang lain yang menghafal sepenuhnya lagu ciptaan Che'Gu itu. Oleh kerana tidak ingin menghampakan anak-anak didik Che'gu, so I agreed.


Penghayatan dan konsentrasi amat penting dalam persembahan

Biarpun berbeza citarasa....


Itulah kali pertama Che'Gu membuat persembahan dikir barat bersama anak-anak didik Che'Gu. Gementar kerana kekurangan latihan, namun seronok apabila berada di atas pentas bersama mereka. Persembahan itu juga telah merapatkan lagi hubungan Che'Gu dengan anak-anak didik Che'Gu. Bak satu keluarga, kami sedar akan potensi yang ada pada Perdahayu untuk melangkah jauh. Semangat kian menyala dan akan kami teruskan perjuangan kami ini selagi tapak kami selari....



Bersatu teguh, bercerai roboh...


Posted by: Che'Gu


archive.
profile.
welcome to OUR blog.
enjoy your visit.
love you loads ;BD-ians !
Perdahayu : -

Persatuan Budaya dan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Juying (MLDDS Juying Secondary School).
Ditubuhkan pada awal Julai 2006, Perdahayu memulakan perjuangan seni dikir baratnya untuk persembahan sekolah. Kemudian, Perdahayu juga telah diundang untuk membuat persembahan di luar sekolah. Kini terdapat dua kumpulan dikir barat yang berada di bawah naungannya:
Pemudraz (kumpulan lelaki) dan Betari Diani (kumpulan wanita).
Slogan 'Pantang Berjejak Tapak Berselerak' menjadi visi utama. Nama 'Perdahayu' menjadi penggerak langkah, nadi dalam memperjuangkan seni dan budaya.

Betari Diani : -

Teacher In-charge : Mdm Maslinni
Captain/Leader : Jiliah bte. Jimahat
Vice : Nurul Natasha bte. Hami Noordin

---

21hb Julai 2006...
Jejak tapakku yang pertama
Pentas seni kujadikan tempat permainanku
Di situ, perbezaan bukan lagi penghalang
Denyut nadi kian bersatu
Melaungkan semangat membara Wardahayu...

Semakin hari kuharapkan semakin utuh
Semakin hari kudoakan agar kukuh
Namun apakan daya
Turunku tersandung ke muka bumi
Dek tapakku yang berselerak
Dek denyut nadi yang tak lagi serentak
Semangat yang dahulu membara kian musnah
Di dalam perjuanganku ini aku rebah...

Sepasang tangan menyambut rebahku ini
Menyambung perjuangan yang terhenti
Patahnya semangatku kian tumbuh kembali
Hilangnya denyut nadiku kini berganti...

Kumengorakkan langkahku sekali lagi
Dengan semangat perjuangan yang baru
Kutinggalkan kisah yang lalu
Kumulakan perjalanan ini
Bersamamu....
Perdahayu...

tagboard

product of Yiting at blogskins
basecodes from seisha at blogskins
Inspired by refuted
Part of the codes: darkdegree